Pocca’s Weblog

March 2, 2009

Cerita baru?

Filed under: My weblog — pocca @ 2:46 am

Salam semua!! lama betul aku tak update blog ni. Utk kali pertamanya bg tahun 2009 aku membuka blogku ini. Nasib baik laa takde lagi yg ngutuk2 blog ni dah bersawang ke…sorry geng, tak sempat la. Sibuk skit tahun ni.
Ye laa..awal2 tahun je bulan satu, adik wa kahwin (yg laki)…pastu bln 3 ni adik wa sorg lagi nak kawin (yg pompuan)…buat sekali kenduri utk nyambut adik laki. Tu yg terkejar sana sini. ..mana nak settlekan diorg punya hal lagi, my dad in law lagi…:) alhamdulillah dia pun dah bertambah sembuh skang. Kira dah boleh jln pakai tongkat, tapi still kena papah sebelah.
Sorry geng, aku tak dpt dtg klia nak hantar IDD hari tu. Jem kat klang tahap babun, sampai umah je dah kul 9 lebih. Buat tu buat ni, langsung tak sempat aku nak gi… korang jgn mare yer….:))

December 23, 2008

Cerita di Bulan Dec!

Filed under: Uncategorized — pocca @ 3:59 am

4th Dec – Luqman kena admitted di SMC. Hari seblm tu dia ada demam tapi skit jek. Lpas letak koolfever kat dahi dia, demam pun kurang. Tapi esok pagi nya aku dah dengar lain macam je bunyi nafas dia. Rasa tak sedap hati lak. Aku pegi keje jap, pas setel apa yg pending, sejam pastu aku rush balik. Nak hantar Luqman gi check up. Tengok2 doctor kata kena tahan. Agak mencabar jugak la hari tu sebab nya dah la laki ku tiada “outstation” ke trgannu, dah tu aku kena uruskan semua. Tapi aku kool jek..hehehhe… So, cut short –> dia kena tahan sampai raya haji. Hahahah beraya la aku & Luqman di spital. Nak dijadikan cerita lagi, ayah mertua ku jugak jatuh sakit dipagi hari raya – kena stroke. Huishh, lemah sebelah badan – kiri. Cucu masuk wad, atuk pun nak ikut skali. Beraya la kami sekeluarga dalam Wad. Cuma dispital lain2 jek. Bawah ni gamba Luqman semasa & selepas sakit.

 

tgh sedut asap - neubalizer!

tgh sedut asap - neubalizer!

dah sihat dia la heronya!

dah sihat dia la heronya!

December 1, 2008

updates blog

Filed under: My weblog — pocca @ 2:35 am

hari ni dah masuk bulan december…awal bulan, aku pun update la blogku ini. Supaya tidak diperkatakan oleh bebudak ni.
wah, cepat betul masa berlalu. Geng2 aku ni semua senyap je skang. Takde citer ape2 ke geng –> ditujukan kepada jojetz & the geng…heheheh..
Pagi2 hari ni – kul 5 lebih, laki aku dah bangun tido. Berkemas-kemas, dia nak kena keje luar. Seminggu ke Terengganu. Runsing aku, dah la kena gi last minute. Tgh mlm semlm baru bgtau kena gi trengganu. Sian dia, dah la hari ahad pun kena keje balik pun dah lambat. Tak sempat rehat kena gi keje luar pulak. Nak buat camner, nak cari duit…nak cari duit…ehheheeh
Mlm semlm gi shopping kat Tesco. Bwk budak kecik – Luqman. Punya la lasak, abeh satu tesco tu dia nak kemaskan. Bley plak dia nak main kejar2 dlm tesco, mencabar kewibawaan aku sebgai seorg ibu yg vogue. Mana taknya, bayangkan aku berlari2 dlm tesco kejar budak tu, tak ke banyak mata yg memandang. Hehehhehe. Ni aku sertakan gambar anakku bersama ayahnya ditaman bunga. Nak tahu, rerupanya anak aku ni suka main gelongsor. Macam ibunya jugak ..hehhee

Main ditaman bunga!

Main ditaman bunga!

November 10, 2008

16th Sept 2007 – New born “Muhammad Ariff Luqman”

Filed under: Si jantung hatiku — pocca @ 7:37 am

16th Sept 2007 (persamaan 4 Ramadhan) – Lahirlah putera sulungku yang diberi nama “Muhammad Ariff Luqman Bin Mohd Norhafiz”. Kelahiran yang tidak dirancang “genap 32 minggu a.k.a 7 bulan” aku mengandung. Bukan sebab dia tak sabar nak keluar, tapi sebab ibunya yang kurang sihat.
Mana taknya, first day puasa aku dah kena admitted kat Shah Alam Specialist sebab athma attack. Dah tu doctor cucuk sana, cucuk sini..masuk ubat, dripp macam2 ada. Terus la effect kat baby aku.
Baby aku keluar ikut tingkap, sebulan duk kat dalam incubator. Tapi alhamdullillah dia sihat walafiat. Dah lebih besar dari ibunya pulak. 

dsc000432

November 7, 2008

interview???

Filed under: worksss — pocca @ 5:13 am

Weh korang, hari tu aku ada interview- rabu lepas. Jgn tak caya, gila cuaakk seh… Bese laa mana penah kena interview..aku interview org biasa laa, hehehhe. First time kena interview (tapi bukan pasal cari kerja baru) –> interview masa nak memula masuk TM dulu tak kira la sebab reramai. Yang ni sesorg dalam bilik interview. Huhuhuh

Baru aku tau perasaan org kena interview. pas ni aku insaf la tak nak buli org masa interview. Lutut kaki aku rasa cam dah boleh buat lagu (sebab bergetar2 – bese la kalau lutut kaki pun tinggey tulang je kan. Tul tak jojet) hhahaha.

p/s: Sebenarnya, aku tgh busy keje ni. Tapi terperasan ada org hantar comment dlm blogs ni duk perli2. Utk memenuhi kehendak individu tertentu, aku pun curi masa skit menambah2 kat sini. Spt bese, citer aku akan akhiri dgn gambar buah hati ku…

dsc002564

Umur 5 bulan!

October 28, 2008

Update blog??

Filed under: My weblog — pocca @ 4:55 am

Adus, kawang2 ku ini..bising bangat. Aku bukan tak nak update blog ni tapi tak berkesempatan sehh..sebok skit skang ni. Keje makin bertambah, abeh keje org lain pun bos suh aku gak yang amik. Ni skang dah tahap nak memberontak ni. Heheh, sebab tu jumaat lepas aku ponteng keje…muahahahah..tapi cara halal la mintak permission bosses (bos aku ramai) ku dulu. Abih tu, keje tambah..gaji aku cam tu jugak. Sama level je ngan anak2X buah aku semua. Ape citer…cuba korang citer… kwang kwang kwang –> pinjam gelak jojet ni.

Hari ni (selasa), masuk keje je dah klam kabut…mau tak nya, ada je makhluk2 yang EL la tak sihat la..(total termasuk bos kecik – 5 org) . Bos besar plak takde org lain yg dia nak kenakan, aku jugak la mangsanya yg kena take over keje semua makhluk2 yg EL ni. Hampeh btul. Cuba korang pikiqkan tuk aku. –> salah satu rahsia aku memaintainkan size badan ku yg spt supermodel ni…hehehe puji diri sendiri. Kalau nak tunggu korang (jojets & the geng-> kakda, hawa, marani, iddpenin) duk ngutuk aku je la. Tertinggal sorang lagi ..> laki aku….huh. Sama je 2×5. Uishh, panjang dah aku merepek ni..dah sambung balik buat keje..Cukup utk tatapan bebudak 2ekor tu dulu…hehee jgn marah. Ni gambar Luqman masa umur nak masuk 4 bulan.

Luqman masa mata sepet. Skang dah bulat dah!!

October 16, 2008

lambat masuk kerja….

Filed under: Uncategorized — pocca @ 2:35 am

hari ni aku terlambat masuk kerja. Pukul 9 baru sampai opis. thanz to my son –> Ariff Luqman & my hubby. Bos kecik pagi2 lagi dah sms. Kantoi la pulak. Tak tau apa jadi pada Ariff malam tadi, ke kiri salah ke kanan pun salah. Serba tak kena, mata dah lelap tapi badan dia tak mau duk diam. Pastu kejap kejap kang menangis. Memula aku tido kat bawah ngan dia, pastu bawak naik bilik atas baru senyap skit. Dekat pukul 1 lebih baru dia tido dgn aman……tapi…..uwaaaa, kul 3 lebih dia menjerit lagi. Puas la aku dukung pujuk2 buat apa yg patut ikut petua org tua ..taklama pastu baru laa dia ok. Tapi nak tido atas aku, nak kena tepuk2..manja betul anak ibu ni.   Disebabkan itulah jangka masa utk aku tido semlm tidak mencukupi mengakibatkan aku kelewatan masuk kerja..tu tak campur jam lagi..bawak kete pun macam org nak gi lumba…hehehhee…kuar umah kul 820 sampai opis kul 9…uish kira cemerlang gak la tu…dari klang ke pantai bahru…

October 15, 2008

Finallyy!!!i have my own blog

Filed under: My weblog — pocca @ 1:00 pm

Yeesss……now my frens –> jojet & kda dah tak boleh nak ejek aku…finally aku dah ada blog sendiri buat tatapan diri sendiri & mereka2 ni . hehehhehe. But thanz all, kalau korang tak kutuk aku sampai bila pun aku tak buat benda ni. Perasaan jeles tengok korang ada benda ni ada gak, tapi aku tak berkesempatan nak buat. Takpe, walaupun aku tak de frenster ke, facebook, myspace & apa saja yang seangkatan dgnnya, it’s ok…heheheh dah ada benda ni pun aku dah bangga (terasa hidung aku dah kembang skit ni).

At last, ada jugak tempat aku nak luahkan perasaan (sedih, gembira, suka & duka) —> hmm, kalau tak sebelum ni aku duk kacau bos kecik aku. Kesian dia.

Hari ni dua-dua bos aku takde opis, so aku laa bos hari ni ..ptg ni baru ada meeting…kwang kwang kwang…sebab tu la aku berkesempatan utk meregisterkan diri dalam dunia blogging ni. Tapi mana2 kerja yg pending masih perlu disiapkan.

Utk permulaan, aku nak letak gambar sijantung hati ku disini.

Ariff Luqman

smile..u re in candid camera!!

Create a free website or blog at WordPress.com.