4th Dec – Luqman kena admitted di SMC. Hari seblm tu dia ada demam tapi skit jek. Lpas letak koolfever kat dahi dia, demam pun kurang. Tapi esok pagi nya aku dah dengar lain macam je bunyi nafas dia. Rasa tak sedap hati lak. Aku pegi keje jap, pas setel apa yg pending, sejam pastu aku rush balik. Nak hantar Luqman gi check up. Tengok2 doctor kata kena tahan. Agak mencabar jugak la hari tu sebab nya dah la laki ku tiada “outstation” ke trgannu, dah tu aku kena uruskan semua. Tapi aku kool jek..hehehhe… So, cut short –> dia kena tahan sampai raya haji. Hahahah beraya la aku & Luqman di spital. Nak dijadikan cerita lagi, ayah mertua ku jugak jatuh sakit dipagi hari raya – kena stroke. Huishh, lemah sebelah badan – kiri. Cucu masuk wad, atuk pun nak ikut skali. Beraya la kami sekeluarga dalam Wad. Cuma dispital lain2 jek. Bawah ni gamba Luqman semasa & selepas sakit.

tgh sedut asap - neubalizer!

dah sihat dia la heronya!
